"Love needs giving and receiving, Love means believing in someone, in something,
Love is being together, struggling through bad time or rejoicing in the good.
Love is always forgiving and never selfish.
Love needs commitment, to grow in search of happiness and life's fulfilment together.
Love is a constant journey to understand what each other need.
LOVE TAKES TIME..."

Lilypie - Maternity

Friday, 18 December 2015

MENGANDUNG/PREGNANCY: 3RD TRIMESTER (PART 4 - OGTT)

Assalammualaikum semua,

... Dan selamat pagi Jumaat yang barakah. hari ni 18/12/2015. Aku nak cite halnya kisah semalam 1st appointment buat OGTT atau kata hambarnya - MINUM AIR GULA. Hahaha!!!


Seronok sangat kan ayat atas aku tu? Ok start cite skang...

17/12/2015, hari Khamis... aku & incik asben sampai di klinik Antenatal PPUM pukul 8.15 pagi. Ye laaaaa... kena la dtg awal. Kan puasa. Kang dtg lambat, lambat la boleh berbuka puasa. Tapi bgn pepagi perot aku ni biasa mmg tak karuan pun. Terus kreuk kreuk kreuk lapar.... Mlm smlm start puasa jam 11malam. Manaaa laaaaa... tak lapar. cian BabyHN pun mengamok tendang² perot ummi menahan lapar. Hehehe...!!!

Terus pegi ke kaunter pendaftaran - TEKAN BUTTON C untuk ujian OGTT. Nombor aku ke-2 dipanggil. Kejap je proses. Bayaran hanya dikenakan sebanyak RM13.50 sahajaaaaa... Staff tu kata, "Terus pegi ke bilik no. 12 ya..." Macam la ktorg tau bilik no 12 kat mane. Sib baik incik asben pantas, laju je dia jalan ke depan tanya kat kaunter nurse... "Owhh kat situ.." kata incik asbenku yg prihatin (Alhamdulillah, syukur sgt dapat suami yang baik dan prihatin). Aku pun terkedek² la pegi ke bilik no. 12. Incik asben tunggu kat seat luar.


Dekat Bilik no. 12...

Takde patient... hanya ada 2 org nurse muda. Aku bagi salam & senyum... depa senyum (kita kena start dulu bagi salam & senyum... baru depa nak mesra kot? ntahla). Aku bgtau hari ni kena minum air gula. aku hulur borang. Nurse tu tanya - TARIKH EDD? ANAK YANG KE BERAPA? TINGGI & BERAT? UMUR? NO. HP? lps tu bagi aku dua bekas kecik utk amik darah isi darah nanti. Kena pegang sendiri ya. Tunggu la turnnnnn... Lama la jugak tggu dari jam 8.45pagi sampai 9.20pagi. Sebab nurse yang bertugas utk amik darah tengah sibuk kat bhgn lain. Sib baik aku org yg pertama awal yg kena buat dulu. Masa menunggu tu mata aku melilau dlm bilik no. 12... GULPS!!! ternampak bekas cawan berwarna putih (macam cawan coffee tp tinggi sikit). Sah la!!! cawan itu berisi air gula... Hehe! aku senyum sorang². Lps settle amik darah yg pertama, terus kena pegi minum air gula. (tak amik gambar sbb malas. Boleh? hehe. tak teruja tgk cawan tuhhhh... :p)


Minum air gula bermula...

Jeng. Jeng. Jeng! Aku amik cawan, buka penutup... ehehhhhhh!!! air gula PERISA OREN suam² gittew. Hahaha!!! hati ku dah gumbiraaaaaaaa... sbb kwn² aku kata yang pure plain kaler putih TAK SEDAP LANGSUNG. Mmg tekak rasa loya nak termuntah masa minum. Alhamdullillah... aku dpt yg berperisa. Hehe! aku amik bau sikit, pastu rasa kat hujung lidah sikit. SERIUSSSSSS MANIS GILA BABENG!!! Terus aku teringat tips² dari blogger mak² mengandung yg aku baca mlm smlm... aku ikut 100% depa punya tips. BERJAYA AKHIRNYA!!!... aku TARIK NAPAS, PASTU MINUM SEKALIGUS TANPA HENTI. SELESAIIIII!!! Nurse terkejut, "eheh.. dah sudah?" Aku tersenyum bangga. Pastu kena tunggu dalam 2jam utk amik darah kali ke-2. Dalam masa 2jam tak boleh makan lg. Hanya boleh minum air kosong sahaja. Aku kuar bilik tersengeh pandang muka incik asben... Banggaaa laaaaaaa!!! dapat menahan minum air gula yg ibu² ngandung anggap sebagai mimpi ngeri. Hehe... lps 2jam amik darah terus balikkkkkk - HUNTING FOODS!!! Muahahaha... kebulur weeeeeyh. Lapor sesangat!!!


Ok, ni aku shared tips² yg aku ikut -
KREDIT KEPADA BLOGGERS INI. TERIMA KASIH BANYAK²!!!




Tuesday, 15 December 2015

MENGANDUNG/PREGNANCY: 3RD TRIMESTER (PART 3)

Assalammualaikum semua,

Hari ni 15/12/2015 (Selasa). Nak stori pasal 1st check up kat PPUM semalam, (14/12/2015). Btw, tahniah kepada pasukan bola sepak Selangor... Juara Piala Malaysia (tak minat bola punnnn... tapi mengikuti perkembangan semasa itu penting. Hehe!)

Last posted kan aku ade bgtau kena dtg 1st appointment kat PPUM 14hb Disember kan kan? xtau la nape... tiap kali nak pegi check up mesti ada rasa berdebor². Normal kot bg semua mak² mengandung... Kot aku je yg camgitu? Hahaha...


Ok, nak start cite skang...
(Kali ini agak panjang ye posting. Harap baca dengan tenang pengalaman aku nih. Hehe!)

Ikut jadual pendaftaran start pukul 8pagi sampai 10pagi utk pendaftaran kali pertama. Aku ngn incik asben sampai pkl 8.30pagi. Mmg kuar awai pun... tapi ktorg pegi bekfes dulu. Perot ummi dok kreok kreuk dari lps subuh... xleh tahan. kena pi mamam dulu. Sib baik dekat je dari umah parents aku ke PPUM. Jalan tak jem. 17minit dah sampai dah... Heeeee!!! 

Sesampai je kat klinik Antenatal (klinik ibu mengandung PPUM) terus pegi bhgn pendaftaran, TEKAN BUTTON 'A'. Ktorg tunggu takde la lama sgt... dalam 10-15mnt je kot. Pendaftaran bayar RM31 sahaja. Lps staff dah key in semua details, dpt nombor angka giliran yg baru utk next check up dgn nurse & doktor. Sebelum tu kena pegi kaunter pembayaran dekat LOBI untuk bayar booking DEPOSIT RM500 - tempah WAD BERSALIN/BERSALIN DI PPUM <--- WAJIB!!! Sebelum tu kami suami isteri dapat flyer dari staff kaunter berkenaan UJIAN SARINGAN BAYI UNTUK PENYAKIT "INBORN ERRORS OF METABOLISM". Kami setuju nak buat saringan utk baby kami nnt selepas lahir. BAYARAN HANYA RM 84.80 termasuk GST.

Apa itu IEM?....

Kitaorg pun xtau punnnnnn.... lps staff tu terangkan sikit & ktorg baca dari flyer tersebut, ktorg dah paham la sedikit. Penyakit IEM - ADALAH DISEBABKAN OLEH PERUBAHAN GENETIK YANG MENGHALANG PEMBENTUKAN ENZIM TERTENTU DI DALAM BADAN. INI MENYEBABKAN KEKURANGAN KOMPONEN TERTENTU YANG PENTING DALAM PERKEMBANGAN MENTAL & FIZIKAL BAYI.

Nanti korang google la lebih lanjut berkaitan penyakit IEM ni eh... aku pun baru tau, xleh nak cite details sgt. Kang tersalah bagi info pulak. Naya!

Nah... ini flyer pasal IEM.



Sesi ditemubual dengan macik nurse kekwat...

Dah settled bayar deposit kat lobi, masuk balik ke klinik tunggu nama kena panggil oleh nurse utk saringan. Amik urine, catat tinggi & berat, tekanan darah... lps tu "ditemubual" kejap dgn nurse. Tang bhgn jumpa nurse² ni aku nak stori sikit... sikit je. Hehehe... so far so good. Semua staff nurse okay. Alaa... yg kekwat sikit tu, yg nurse macik² yg dah berusia. Xyah nak amik hati sangat la... anggap la mcm mak kita tgh bagi nasihat dan ceramah serta arahan. Hahaha!!!... don't heart feeling okay ibu² mengandung sekalian. Peace! Heee... Yang klaka bg aku time amik ukuran tinggi dan berat. Akak nurse tu dia duduk je. Tulis je. Dia tanya Berat berapa? Tinggi berapa? padehal mesin penimbang/ukuran tinggi ade je kat situ. Nampak nau malasnya dia nak bangun buat check ukuran dan tengok berat badan kita. Xper la... hal kecik je bagi aku.

Ok tang kena "temubual" berkenaan sejarah perubatan pulak... aku dapat macik kekwat... tapi aku cool je. Layan kan je. Kan aku kata tadi, anggap je mcm mak² kita tgh bagi nasihat & arahan. Hehehe... Macam² la kena tanya itu ini. Tang aku gelabah sikit bila, nurse macik tu bgtau takleh follow up check up kat klinik PPUM situ, sbb aku dtg lmbt utk pendaftaran. Appointment doktor semua dah full. Dia suh aku follow up je kat klinik Tunku Azizah sampai aku nak bersalin. Nak dekat bersalin baru dtg PPUM bawak report perubatan. Ehehhh...? Aku kata, "kenapa tak boleh pulak? kan saya nak bersalin kat sini?" Dia tetap tekankan APPOINTMENT FULL. Lagipun salah aku sbb lambat dah masuk 3rd trimester baru nak datang follow up kat PPUM. Aku iye kan je la... tp still tak puas hati selagi tak jumpa doktor. Nak bgtau tanya doktor jugakkkkk... Hehe! Lepas dah kena soal siasat itu ini, nurse macik tu suruh aku tunggu nombor kena panggil utk check up dgn doktor pulakkkk. Legaaaaaa....


Sesi menunggu giliran jumpa doktor...

Azaaaabbbbbbb... rupanya lama giler nak tunggu turn kena jumpa doktor. Hampir nak dekat 3 jam aku & incik asben kena tunggu. Pengalaman pertama... aku kalut kejap. Sbb paling tak suka tunggu lelama. Incik asben cool je, dia okay je. Sambil main game COC. Hahaha... Mmg la selesa sgt... ekon sejukkkk je. tmpt kerusi selesa jugak. Tapi tang tunggu tu je laaaaaaaa.... Bayangkan dari jam 10pagi sampai ke zohor, nak dekat pkl 1.30 tengahari, baru sampai nombor aku kena panggil. TAPI BERBALOI!!!! SEBAB APA?

Sebab... Aku dapat doktor melayu perempuan Islam. Namanya Doktor Hasliza tak silap aku. Mmg pun, sebelum ni aku hari² doa biarlah masa check up aku dpt doktor melayu perempuan, kalo boleh Islam. Bukan racist ke memilih ke ape... Tapi aku lebih rasa selamat dan selesa... sbb kan selama ni aku monthly check up ngn doktor perempuan je. Alhamdulillah... Allah dengar doa aku. Syukur. Tapi aku rasa boleh rekues la kalo masa check up fizikal, kita nak doktor perempuan check kejap. Sbb masa check up fizikal tak amik masa lama pun. Sapa² yang ada pengalaman... leh ler stori kat komen aku ya?

Masa borak² dgn doktor... aku rasa santai sangat. Doktor sangat bagus!!! check pun okay... Alhamdulillah, doktor kata BabyHN kepala dah ke bawah (mmg dah rasa nyilu kat bhgn ari² skang ni), degupan jantung baik/okay. Semua normal setakat ni. So far so good! lps tu incik asben tny la pasal nak follow up weekly je kat PPUM. Xnak pegi klinik sebelum ni. Doktor kata boleh je, xde masalah... tapi kena tgk jadual dan ikut jadual appoinment. Appointment mmg full, tapi boleh fix. Legaaaa aku dan incik asben dengornya... memandai je tauuuuu nurse macik kat luar tu ckp tak boleh. Doktor Hazliza kata, lagipun aku dah nak dekat dah... dah hampir masuk 35weeks. So senang follow up je kat PPUM terus. Ibu mengandung yg nak dekat tarikh EDD bersalin didahulukan... gittew!!! Next appointment hari Khamis (17/12/2015) utk ORAL GTT - MINUM AIR GULA!!! Huhuhu... kena berpuasa la malam Rabu ni... Pengalaman pertama jugak kena telan air gula. Bertabahlahhhhh walapun aku dgr mcm² pasal telan air gula. Tak penah kena minum lagi ni tau sepanjang menngandung. Ni dah nak masuk 35 weeks baru kena. Hehehe!!! Next appointment dgn doktor lagi 2 weeks - 28/12/2015 (Isnin). Semoga ummi dan BabyHN sihat² sahaja... 

Okay... ini je kot rasanya nak stori. Dah xde dah kot nak cite benda lain lagi. Next post aku stori la pengalaman pertama minum air gula. Tak sabar pula rasanya. Hahaha!!!... 

Friday, 27 November 2015

MENGANDUNG/PREGNANCY: 3RD TRIMESTER (PART 2)

Assalammualaikum semua,

Selamat pagi Jumaat... Okay, hari ni nak cite aktiviti 3rd trimester part 2 pulak ye. Banyak stori ni nak bgtau. Dah 3rd trimester kena rajin berjalan². Jangan bagi baby malas. Senang nak beranak nanti. <--- Mak aku kata. :)


CUTI-CUTI PORT DICKSON (21/22/23 NOV 2015)

1stly, nak cite pasal BABYMOON... Heee! sebenarnya takde la babymoon. Pegi Port Dickson je pun. Tempat lahir/tinggal incik asben. Hahaha!... menyibuk skali join kakak bawak anak² dia cuti-cuti Malaysia. Kan dah start cuti sekolah ni kan... Kakak stayed dekat Lexis Hibiscus, Port Dickson. Amik 3 hari 2 malam (21hb - 23hb Nov 2015). Best gilerrr wooooo...!!! Aku yg tumpang menyibuk ni mmg la eksaited. Jakun pun hado!!! Aku tak tido sana pun, just lepak² je. Tido umah mak mertua ler... mano laie nak poie. Hehe... Meh, meh... share pic sikit. :)


*aktiviti kami sekeluarga*

*dalam bilik ada 2 katil size king*

*mak buyung sangat dah ni...hehe!*

*tetiba rasa femes... haha! suami jarang berFB.
Uploaded gambo, Nah! kawan² dia komen, amik kauuu!!!*


Kat PD aktiviti apa yg boleh buat? bagi aku mandi laut je laaaa... tapi kami sefamili kalo dtg Pd mmg xde mandi laut pun. Ntah kenapa... just dtg situ nak relaks² je. Lepak²... santai²... tgk pemandangan. gittewww!!! Tapi incik asben kata, "ORANG PD MANA ADA MANDI LAUTTTT...." Hahaha!!! Betul la tu... aku pun dah berjangkit. Dah jadi ahli keluarga org Pd. Heeee!!!

Aktiviti ktorg hanya pegi RUMAH TERBALIK PORT DICKSON. Sebab belum pernah pegi sana lagi. Dah la masa pegi time malam lps maghrib. lagi 45minit nak tutup ktorg baru sampai. Kakak aku siap merayu suruh kasi masuk sbb kata ktorg ni dari jauh... Hehehe. Padahal dok KL je punnnnnn!!! :P

Tiket harga untuk dewasa RM20 (dulu RM15 je tauuuu...), Kanak² RM15 (Dulu RM10 je tauuu...). Dalam tu takde la besar mane pun. Tapi sbb ramai org, kena tunggu turn la nak bergambar setiap 1 prop. Sib baik la staff sana sporting. Nak tolong ktorg amikkan gambar. Cepat sikit keje kami nak bergambar sakan. Siap ajar kami camne nak pose gitu ginih... aku xde la bergambar sakan sgt... anak² buah, adik dgn incik asben la yg bergambo sakan... hakak dah membuyung ni haaaa... kaki pun asik membengkak je. Ni gambo ktorg kat rumah terbalik, PD... 








LAST CHECK UP @ TUNKU AZIZAH (26 NOV 2015)

Hari Khamis ptg pkl 5.30 ujan renyai²... Hari last check up dgn dr. Kay. Sebab apa last? Sebab incik asben dah decide aku bersalin dekat PPUM. Lagipun dekat sgt dgn umah abahmak aku. 15/20mnt dah sampai hospital. Apa² hal senang nak berulang alik dari umah --> hospital. Lagipunnnnn... sebab utama, incik asben risau aku tgh sarat ni. Elok stay je la dgn abahmak. Incik asben jarang blk umah. Keje shift. Seminggu sekali baru kami jumpa...

Check up mcm biasa la kan... amik urine, tekanan darah & ultrascan. dr. Kay tegur aku dah tembam sikit dah.. dia tgk berat badan aku dah naik... naik lagi. Hehehe!!! last check up 72kg. Yg la nih 74kg. 2kg naik kauuuuu!!! tapi dr. Kay kata okay je, xde masalah ape pun. Normal semua tu...selagi tak naik mendadak!!! Alhamdulillah, BabyHN sihat walafiat. Takde masalah... buat masa ni anggaran berat BabyHN 1.5kg (32 minggu). Dr. Kay kata normal & baby dlm proses nak membesar lagi. Tapi aku xmo la besar sgt. Bagi aku, mintak² baby lahir nnt dalam 3kg/2.7kg. Mak aku pun pesan, biar baby senang nak kuar, aku pun tak sakit/seksa nak meneran... baby besar payah sikit. Mak aku kata lagi... biar baby besar sihat gedempol kat luar... bukan dalam perot aku nih haaa... Hehe!!! Incik asben sempat amik last video check up scan sebagai kenangan kami dekat Tunku Azizah...Laju degup jantung BabyHN :)




BELI BREAST PUMP MALISH LIFESTYLE

Baru ni ha aku order breast pump single... beli Malish Lifestyle. Baca review org tgk mcm okay je. Lgpun tgh murah offer dekat BREAST PUMPS MURAH, harga hanya RM250. Dapat free gift + free pos. Okay la tuh... nnt dah sampai je, aku terus nak test. Semoga berjaya Fully BF kat BabyHN. Doa² kan ye... Aminnnn!!! Proses order sgt mudah... fast reply whatsapp, servis tip top. InshaAllah dapat brg hari Isnin depan 30/11/2015. Tak sabarrrrrr nak study. Hehehe!!!


Malish Lifestyle



BELI SLEEPING BABY BAG

La nih tgk tgh fofular sleeping baby bag... aku pun terjoin skali terpengaruh dgn bakal² mak. Hehehe... benda yg memudahkan aku, wajib la aku order/beli kannn... aku beli sleeping baby bag dari ejen KAPOK KIOSK BABY PRODUCT. Harga masih sama. Beli size besar RM80 free postage. Mudah laaaa.... senang nak pegang, takyah la kot nak bawak tilam travel. Baby pun selesa mcm kena peluk, letak dlm kereta boleh, letak dlm stroller pun boleh... senang nak di angkut ke sana sini. Janji baby selesa sedap tidooooo je nanti. :) actually dah lama beli.. bulan lepas. Tp lupa nak update... eh bukan lupa kot. Tapi malas nak update blog. Hehehe... kumpul² cite kasi byk... kasi muntah korang semua baca info aku dlm blog ni. Hahahaha!!! Nah, gambo sleeping baby bag yg aku pilih. Semestinya Mickey Mouse... Comel kan? kan?



Theme Solemnization - #SEXYBLACKYELLOW

Theme Solemnization - #SEXYBLACKYELLOW

Theme Reception: #SWEETTIFFANYBLUEBABYPINK

Theme Reception: #SWEETTIFFANYBLUEBABYPINK
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...